assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah .

bismillahirrahmnirrahim

hanya selang beberapa hari setelah last post [27/04] .

mungkin kerana desakan si ketua yang push orang supaya buat kerja *ketua bagus ni* ,
ataukah mungkin kerana rasa terCABAR dengan komen seorang hamba ALLAH yg PRIHATIN di kotak jerit itu, maka tergeraklah hati ingin menari-narikan jejari di atas papan kekunci yang kian meningkat usianya .

namun yang ingin dicoretkan di sini tiada kaitan dgn kata2 di atas,
tetapi kaitannya dengan malam kemuncak PRO-BAHAN itu sendiri :)

PRO-BAHAN yg membawa maksud profesional terhadap bahan jahiliyyah dan tarbiyah jika tidak silap .

setelah kita mengalami malam itu sendiri,
tidak dapat dinafikan ada hati yang berjaya diketuk .
ada hati yang meronta2 inginkan perubahan itu sendiri .

maka di sini, kami ingin menyenaraikan perubahan yang mungkin kita dapat bersama2 buat selepas ini :

PERTAMA .

kalau dulu dalam kelas banyak tidur,
sekarang dalam kelas banyak respons.

TARGET : pay attention in class .

KEDUA .

kalau dulu waktu kelas banyak main,
sekarang waktu kelas belajar betul2 .

TARGET : time belajar, belajar betul2, time main, main betul2 .

KETIGA .

kalau dulu solat sunat lepas zohor punyela payah nak bangun,
sekarang solat sunat siap ajak adik2 lagi :D

TARGET : istiqomah dlm amalan . cth : solat sunat .

KEEMPAT .

kalau dulu puasa isnin sampai 3.40[ al-maklumla, puasa kat sekolah je] ,
sekarang puasa penuh, dari subuh sampai maghrib . alhamdulillah :)

TARGET : buat sesuatu kerja sampai habis .

KELIMA .

kalau dulu ada orang tegur yang baik asyik buat pekak telinga [mcm da perfect] ,
sekarang kalau orang tegur yang baik , alhamdulillah terima .
bukankah kita mahukan keREDHAAN ALLAH ?

TARGET : jangan tolak sesuatu sewenang2nya, jangan terima sesuatu sebulat2nya .

****************************************

itu hanya LIMA daripada RIBUAN target yang insya-ALLAH kita berusaha ke arahnya .

yang menaip ini juga seorang manusia .
maka salah dan silap, terkasar bahasa, terputar belit fakta dan banyak lagi kecacatan yang lain harap dapat dimaafi .

semoga kita semua tergolong dalam golongan ahli syurga , amiin ~

ayuh teruskan perubahan ke arah kebaikan dan
pertingkatkan amalan untuk mengecapi kejayaan hakiki !


Sepotong roti penghapus dosa...

"Dahulu kala, di sebuah tempat ibadah ada seorg lelaki yang sangat tekun beribadah kpd Allah. ibadah yg dilakukannya itu selama lbh kurang 70 thn. Dia tidak pernah meninggalkan tempat ibadahnya, kecuali pd hari2 yg ditentukan. Akan tetapi, pd suatu hari, dia tlh digoda olh seorg wanita sehingga termakan dgn pujuk rayu wanita tersebut. lalu bergelumanglah lelaki tersebut dlm dosa selama 7 hari sepertimana pasangan suami-isteri. Setelah dia tersedar, dia ingin bertaubat. Lalu dia mengembara meninggalkan tempat ibadahnya, disertai dgn mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dlm pengembaraan itu ia sampai ke sebuah pondok yg di dlmnya sudah terdapat 12 org fakir miskin, sdgkan dia juga bermaksud untuk menumpang bermalam di situ. Rupanya, terdapat seorg pendita yg pd stp malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kpd fakir miskin yg menginap di pondok tersebut.

Pd suatu hari, wakil pendeta tersebut dtg utk membahagikan makanan tersebut kpd stp fakir miskin yg terdpt di dlm pondok tersebut. Rupa-rupanya, terdapat seorg fakir miskin yg tidak mendapat roti tersebut kerana bahagiannya diambil oleh lelaki itu. Apabila lelaki tersebut mengetahuinya, dia terus memberi roti tersebut kpd fakir miskin itu. Keesokan harinya, lelaki tersebut meninggal dunia.

Di hdpn Allah, ditimbanglah amal ibadah yg pernah dilakukan lelaki itu selama lbh krg 70 th dgn dosa yg dilakukannya selama 7 hari. Ternyata, hasilnya, amal ibadat yg dilakukannya selama 70 thn tlh dikalahkan dgn dosa yg dilakukannya hanya selama 7 hari. Akan tetapi, apabila ditimbang dosa yg dilakukannya selama 7 hari itu dgn sebuku roti yg pernah diberikan kpd fakir miskin yg sgt memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dpt mengalahkan perbuatan dosa selama 7 hari.."
diriwayatkan olh Abu Burdah bin Al-Asy'ari.

Oleh itu, berilalah kita melakukan perubahan walaupun sedikit kerna stp amalan kebaikan yg kita lakukan walaupun sekecil zarah, insyaAllah akan diterima olehNya..

pesanan dari AJK ekonomi..

.:بسم الله الرحمن الرحيم:.

" Salam Alaikum..
Perhatian Kepada Semua Gen11.. Hari Takrim Nanti Kita Akan Buka Gerai Persendirian Atas Nama Gen11..Tujuan Utama Adalah Untuk Mengumpul Dana Bagi Aktiviti Yang Bakal Diadakan Insyaallah Pada Cuti Sekolah Bulan Jun..

Jadi..Semua Amat-Amat Digalakkan Untuk Menyumbangkan Tenaga Atau Wang Secepat Mungkin!

Sebarang Pertanyaan Boleh Berjumpa AJK Ekonomi :

Banin : Azraie
Banat : Fatin Adila (4IK)
Amalin Aisyah (4IT)

Pertolongan Antum Amat Diperlukan.."

Attention!


Assalamulaikum,

kepada sesiapa yang ada berita mahupun apa apa perkara yang ingin dikongsikan bersama untuk di postkan di blog generasi 11 ini,
bolehlah hantar ke alamat email :
eleven_generation@yahoo.com
Terima kasih.

Sekian,

Wassalam

Organisasi Sementara !

Assalamualaikum w.rb.

Atas permintaan ramai, organisasi sementara generasi 11 akan dipostkan.

Organisasi ini adalah bersifat sementara kerana pada meeting yang lalu kami hanya mengundi kepada mereka yang hadir sahaja dan untuk organisasi yang tetap akan dibincangkan sekali lagi.Harap Maklum.



Pengerusi : Muhammad Asna bin Ahmad Jailani

Timbalan Pengerusi :
Banin :
Muhammad Shahrul bin Ya'kop
Banat : Nur Sakinah binti Roslan

Setiausaha :
Banin :
Yusuf bin Samsul Bahari
Banat : Nurul Farhana binti Sazalli

Bendahari :
Banin :
Mohamad Amierul bin Syukri
Banat : Nursyahirah 'Atikah binti Shahrin


Para AJK =

AJK Tarbiyah:
Syukri + Amir Nafhan
Syifaa' Hatta + Fatin Naimah

AJK Ekonomi :
Azraei + Ibrahim Khalili
Fatin Adila + Amalin Aisyah

AJK Aktiviti :
Imran Osman
Khadijah + Muneerah Azlan

AJK Penerbitan :
Iqkram
Aimi Atiqah + Amira Shuhada

Oragnisasi ini hanyalah bersifat sementara.Apa-apa cadangan boleh rujuk kepada para AMT & AJK Batch.Harap Maklum.


Wassalam.

Empat golongan yg dijanjikan Syurga

Kita yakin… siapapun kita, pada status sosial manapun kita, apapun profession kita, dibumi manapun kita berpijak pasti kita mahu menjadi orang yang dirindukan oleh syurga Allah SWT.

Tempat yang di idam-idamkan oleh seluruh makhluk Allah, tempat yang tidak terdengar di dalamnya perkataan yang tak berguna,sia- sia dan dusta, didalamnya ada mata air yang mengalir, takhta-takhta yang ditinggikan, gelas-gelas berisi minuman yang terletak dekat, bantal-bantal sandaran yang tersusun, permadani-permadani yang terhampar, kebun-kebun dan buah anggur, gadis-gadis remaja yang sebaya. Terbayang x indahnya syurga ?…

Rasulullah SAW, mengatakan :

" Syurga merindukan empat orang:

Pertama, orang yang senantiasa membaca Al-Qur'an.

Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini karena sejak didunia saja mereka sudah diberikan oleh Allah dengan ketenangan batin, kasih sayang-Nya, kecintaan-Nya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.

Kedua, penjaga lidah. Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, ia akan mengakibatkan peperangan antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa.

kesan negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi sia-sia.

Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo'a dan dgn lisan kita berzikir.

Ketiga, pemberi makan orang yang kelaparan.

Sungguh, Allah Yang Maha berterimakasih (Syakuur) akan membalas sekecil apapun kebaikan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga,

Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti,

Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan,

yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba apabila sang hamba menolong saudaranya.

Keempat, Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan. Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan solat, tilawah al-Quran serta ibadah apapun dengan hanya mengharap ridho-Nya.

Bila empat amal ini kita lakukan, nampaknya wajarlah bila syurga
merindukan kehadiran kita…Amien
Assalamualaikum, kami generasi ke-11 al-amin bangi yg terdiri drpd tahun 1994, 1993 dan 1992. Kami mempunyai impian untuk membina ustaziatul'alam, insyaAllah!
 
Copyright 2009 Generasi Sebelas All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes