assalamualaikum Pictures, Images and Photos

REUNION BANAT GEN11 (2010)

Bismillah...
assalamualaikum..

InsyaAllah, gen11 akan mengadakan reunion utk merapatkan kembali ukhuwwah di antara kita..
Reunion tersebut, insyaAllah akan diadakan pd minggu kedua bln Jun..
klau blh kami ingin mengetahui pendapat atau persetujuan drpd semua pihak banat gen11 ( pelajar alamin & ex-alamin)..
agar kami blh membuat persediaan utk merancang reunion ini..
jika feedback yg diterima baik.. InsyaAllah reunion ini akan diteruskan..
jika tdk, mungkin akan ditangguhkan ke bln yg lain..
sila beri maklum balas anda pd kotak comment post ini..

segala kerjasama anda amat dihargai...

p/s: sila kemukan persetujuan...
dan cdgkan tarikh serta tempat..

Ya Allah,kau hapuskanlah ....

Terketar-ketar jari ini ketika menyentuh papan kekunci,
Otak berfikir-fikir teguran seperti apa lagi yang boleh memecahkan tembok itu,
Hati berbolak balik akibat daripada berita itu,
Ya Allah,
Kaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kenapa ini mesti terjadi kepada umat ini Ya Allah?
Lagi kes pembuangan bayi,
Lagi..lagi dan lagi...
Ya Allah,
Kau hapuskanlah dosa mereka...
Bayi itu akan menuntut di akhirat nanti,
Akan menuntut akibat keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu & ayahnya itu,
Akan menuntut kerana MANUSIA yang tidak berperikemanusiaan itu..
Ya Allah,
Kau hapuskanlah dosa kami,
Walaupun perkara ini dapat kami hindari buat masa sekarang,
tapi perkara lain yang boleh mendekati kepada perkara jijik itu..
Iaitu ikhtilat,berkata kesat dan macam-macam lagi yang kami tidak sedari...
Amin Ya Rabbal A'lamin.
Wahai sahabat ku saudara dan saudari mahupun akhi dan ukhti,
sedarlah..kita kini berada di suatu zaman yang mana zaman yang akan berlaku sesuatu yang sangat dahsyat..sesuatu yang sangat dahsyat iaitu Hari Pembalasan..Hari Penghitungan..umat akhir zaman yang sangat leka..Sekecil-kecil perkara seperti solat pun tak dijaga..boleh dihitung berapa ramai yang langsung atau tidak pernah meninggalkan solat walaupun sekali barangkali..amat susah betul?Semuanya hanya tahu untuk enjoy sahaja! Tidak sedar bahawa syaitan berhempas pulas menggoda semahu-mahunya sebelum kiamat tiba sampai iblis laknatullah itu tersenyum riang akhirnya pabila jerat terkena... Tidak sedar bahawa raqib dan atib sentiasa menulis tindak tanduk kita untuk dipamerkan ketika hari istimewa itu..
Sedarlah wahai kalian!
Andai ada diantara sahabatmu yang terleka,
maka tegurlah..jika kamu yang terleka maka suruhlah mereka yang menegurmu..
Sedarlah..Rasulullah yang amat menyayangi kita itu sangat sedih dan perit dengan sifat umatnya sekarang...Renungkanlah....

Wallahu 'alam.

buku muka

Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

23_1-3“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan taggingberserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-salimalmuslimun

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

markzuckerberg

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?
“kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik dengan kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima tangan.

Wanita,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan menjaga matamu,
Tapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai wanita,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka,
Menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-belek dan dipilih.

Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Allah,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Wanita,
Begitulah jalanmu,
Begitulah perjuanganmu...

Wanita,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampilkan ketegasanmu,
Bila engkau dihadapan,
Atau di belakang, atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau apa perkara sekalipun...

Wanita,
Ketuklah kealpaan mereka,
Bangunkan mereka daripada mimpi,
Jelaskanlah dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa kesenorokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagian,
Yang ada hanya kehancuran...

Wanita,
Inilah jalanmu,
Hentikan daripada menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman.

Lalu mungkin kau akan melihat,
Dikalangan remaja ini,
Akan lahir RIJALUDDIN berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama HASSAN AL-BASRI,
Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Puteri harapan...
Serikandi Islam,
Tetapkanlah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam,
Moga takdir Ilahi menentukan...
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium,
Haruman Syurga...
Ameen...

Mesyuarat Hari Murabbi.

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.r.b.

Alhamdulillah tingkatan 4 diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mengendalikan program yang agak besar

iaitu Sambutan Hari Guru a.k.a Hari Murabbi yang akan berlangsung pada bulan hadapan InsyaAllah.Beberapa

pelajar tingkatan 4 diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa Sambutan

Hari Murabbi pada tahun 2010 ini.Berikut merupakan carta organisasi sambutan:

Pengarah : Syukri

Timbalan Pengarah : Irfan Muhaymin
Muneerah Mohd Azlan

Setiausaha : Yusuf Samsul Bahari
Nurul Farhana Sazalli

Bendahari : Amierul Shukri
Nur Syahirah 'Atikah bt Sharin

Ahli Jawatankuasa :-

AJK Keceriaan
+Ammar Ismail
+Khadijah Zulkifli

AJK Kebersihan
+Safwan
+Rabiatul Adawiyah

AJK Hadiah
+Solihin
+Amierul Shukri
+Nur Syahirah 'Atikah

AJK Makanan
+Azraei
+Putri Shah Elyda

AJK Aktiviti
+Hakiim
+Nurin Syukrina

AJK Protokol
+Ibrahim Khalili
+Aimi Atiqah

AJK Publisiti
+Luqman Saiful Badrilah
+Amira Shuhada

AJK Teknikal
+Amir Nafhan
+Imran

AJK Khas
+Nurul Hana Amran
+Basyirah Hibaturrahman
+Iqkram

(AJK Khas bertindak sebagai pembantu,memberi cadangan & membantu menyelaraskan lagi program)

Alhamdulillah & tahniah!Tahniah kepada banin yang mana telah memberi kerjasama yang sangat baik.Walaupun

ia hanyalah sebuah permulaan.Cuma perlu membaikinya lagi.Teruskan berusaha.Juga kepada banat yang memberi komitmen yang bagus. tayyib ! .InsyaAllah mesyuarat kedua akan menyusul.

Apa-apa cadangan untuk sambutan tersebut boleh dikemukakan kepada AJK aktiviti ataupun kepada pengarah

dan penolong pengarah.Cadangan antum sangat diperlukan :)

Segala perkembangan akan diberitahu kemudian,All the best for us!All the best for batch 11,All the best for

Al-Amin and all the best for Islam the true one for su
re...

DARI LUBUK HATI...

Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..

Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..

Begitulah ana menilai diri sebagai manusia kerdil..

Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan sesuatu dari Penciptanya. .

Meskipun kadang diri berasa sangat malu kepada Allah..

DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..

Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..

Sedangkan Dia begitu mengasihi hamba-hambaNya. .

Pintu taubat dan rahmat sentiasa terbuka buat hamba itu..

Walaupun segunung dosa telah dikumpul..

Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..

Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..

Namun Dia tetap yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. .

HambaNya berbuat dosa dan mengundang kemungkaranNya. .

Berasa gembira walau dikelilingi maksiat dan kehinaan..

Tidak takut dan gentar pabila malaikat mencatat segala perbuatan..

Dan pengakhirannya yang pasti dahsyat tanpa nasuha..

Tidakkah ana,anti dan anta telah melafazkan 2 kalimah syahadah?

Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..

Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..

Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?

Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya. .

Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..

Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..

Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..

Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..

Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?

Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya. .

Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya. .

Namun apakah diri ini beramal dengannya?

Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..

Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..

Dari satu kurun beralih zaman..

Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan. .

Adakah diri ini mengambil iktibar daripadanya?

Lihatlah bagaimana lemahnya diri ini..

Lihatlah bagaimana hinanya diri ini..

Begitulah dunia ini melalaikan manusia kepada Tuhannya..

Keindahan dan kemewahan yang mengaburkan pandangan..

Kesibukan dan kekuasaan yang mencuri perhatian..

Sehingga merungkaikan ikatan seorang hamba kepada Zat yang memberi nyawa..

Melupakan segala hak dan kewajibannya. .

Memberi berita gembira kepada yang melalaikan..

Apakah tidak ada sekelumit sesal?

Apakah tidak ada sesaat sedar?

Tatkala hanyut dibuai kesenangan dan kebebasan..

Tanyalah pada dirimu..

Bagaimana akhlak dan pergaulan manusia hari ini?

Bagaimana imej dan fesyen manusia hari ini?

Bagaimana ibadah dan amalan manusia hari ini?

Juga perhatikanlah dengan mata hatimu..

Bagaimana Islam hari ini?

Bagaimana perlakuan umatnya hari ini?

Bagaimana kealpaan muslim hari ini?

Dan ana yakin dan pasti..

Kita ada jawaban beserta saksi..

Bangunlah wahai yang bergelar muslim..

Tegakkan kembali agamamu yang semakin runtuh..

Timbulkan kembali agamamu yang semakin tenggelam..

InsyaAllah Allah beserta hambaNya yang berjuang dan berkorban demi agamaNya..

Takbir!!

ALLAHUAKHBAR! !!


p/s: sahabat2ku, marilah kita bersatu hati utk menegakkan kembali ISLAM..

jgn kerna hal yg remeh membuatkan hati2 kita tdk bersatu...



Assalamualaikum, kami generasi ke-11 al-amin bangi yg terdiri drpd tahun 1994, 1993 dan 1992. Kami mempunyai impian untuk membina ustaziatul'alam, insyaAllah!
 
Copyright 2009 Generasi Sebelas All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes