assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?
“kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik dengan kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima tangan.

Wanita,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan menjaga matamu,
Tapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai wanita,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka,
Menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-belek dan dipilih.

Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Allah,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Wanita,
Begitulah jalanmu,
Begitulah perjuanganmu...

Wanita,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampilkan ketegasanmu,
Bila engkau dihadapan,
Atau di belakang, atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau apa perkara sekalipun...

Wanita,
Ketuklah kealpaan mereka,
Bangunkan mereka daripada mimpi,
Jelaskanlah dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa kesenorokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagian,
Yang ada hanya kehancuran...

Wanita,
Inilah jalanmu,
Hentikan daripada menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman.

Lalu mungkin kau akan melihat,
Dikalangan remaja ini,
Akan lahir RIJALUDDIN berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama HASSAN AL-BASRI,
Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Puteri harapan...
Serikandi Islam,
Tetapkanlah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam,
Moga takdir Ilahi menentukan...
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium,
Haruman Syurga...
Ameen...

5 comments:

iNa RaMli said...

wanita je ke salah ????? lelaki tak ?
tak adil..jgn nk menunding jari ok.

Triplets said...

adakah puisi ini menunjukkan wanita itu bersalah?

ataupun puisi ini satu motivasi untuk menggalakkan wanita menjadi seorang srikandi harapan?

nilai dari segi yang betul. jangan asyik melihat negatif , ok .

cintaILAHI said...

maybe ade betulnye ape yg Triplets ckp, whi DOKTORcinta.

ambil yang JERNIH, buang yg KERUH.

bknnye org yg post ni anti-wanita, kalo tgok pnulisannye, dia MENGAJAK ke arh kbaikn-bg ana la, sbgi seorg bnt :)

P/s: skrg, sape yg tuding jari?

:D said...

assalamualaikum...

doktorcinta> puisi ini bkn hendak menunding jari kpd wanita.. & bkn juga utk menunding jari kepada sape2.. tp sama2 kita menjaga..

triplets> thanks sbb memahami apa yg ingin disampaikan

cintaILAHI> betul apa yg anti ckp.. buang yg keruh, ambil yg jernih..

akhir kata.. sama2 lah kita menjaga antara satu sama lain..
jgn hanya mengharapkan sebelah pihak sahaja tanpa bantuan drpd sebelah pihak lg

Anonymous said...

Salam,
Ana setuju dengan artikel ini
bahawa ianya untuk kebaikan hawa juga tapi apakah kaum adam tidak fikir bahawa kami kaum hawa sudah berupaya untuk menundukkan pandangan,sudah berupaya untuk menjaga suara dan sudah berupaya untuk menjaga kelakuan kami SEMAMPU kami.Ya,ada salah kami tapi tidakkah wahai kamu kaum adam tidak menjaga pandangan?Mungkin..mungkin kalian sudah menjaga tetapi 'ter' nampak,
dan ketika itu kami tidak menyedarinya?

Konklusinya,ana rasa kedua-duanya ada silap dan ada yang betulnya.

Wallahu'alam.
Hanya Allah sahaja yang tahu hati-hati kita. :)

Assalamualaikum, kami generasi ke-11 al-amin bangi yg terdiri drpd tahun 1994, 1993 dan 1992. Kami mempunyai impian untuk membina ustaziatul'alam, insyaAllah!
 
Copyright 2009 Generasi Sebelas All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes