bismillahirrahmnirrahim
hanya selang beberapa hari setelah last post [27/04] .
mungkin kerana desakan si ketua yang push orang supaya buat kerja *ketua bagus ni* ,
ataukah mungkin kerana rasa terCABAR dengan komen seorang hamba ALLAH yg PRIHATIN di kotak jerit itu, maka tergeraklah hati ingin menari-narikan jejari di atas papan kekunci yang kian meningkat usianya .
namun yang ingin dicoretkan di sini tiada kaitan dgn kata2 di atas,
tetapi kaitannya dengan malam kemuncak PRO-BAHAN itu sendiri :)
PRO-BAHAN yg membawa maksud profesional terhadap bahan jahiliyyah dan tarbiyah jika tidak silap .
setelah kita mengalami malam itu sendiri,
tidak dapat dinafikan ada hati yang berjaya diketuk .
ada hati yang meronta2 inginkan perubahan itu sendiri .
maka di sini, kami ingin menyenaraikan perubahan yang mungkin kita dapat bersama2 buat selepas ini :
PERTAMA .
kalau dulu dalam kelas banyak tidur,
sekarang dalam kelas banyak respons.
TARGET : pay attention in class .
KEDUA .
kalau dulu waktu kelas banyak main,
sekarang waktu kelas belajar betul2 .
TARGET : time belajar, belajar betul2, time main, main betul2 .
KETIGA .
kalau dulu solat sunat lepas zohor punyela payah nak bangun,
sekarang solat sunat siap ajak adik2 lagi :D
TARGET : istiqomah dlm amalan . cth : solat sunat .
KEEMPAT .
kalau dulu puasa isnin sampai 3.40[ al-maklumla, puasa kat sekolah je] ,
sekarang puasa penuh, dari subuh sampai maghrib . alhamdulillah :)
TARGET : buat sesuatu kerja sampai habis .
KELIMA .
kalau dulu ada orang tegur yang baik asyik buat pekak telinga [mcm da perfect] ,
sekarang kalau orang tegur yang baik , alhamdulillah terima .
bukankah kita mahukan keREDHAAN ALLAH ?
TARGET : jangan tolak sesuatu sewenang2nya, jangan terima sesuatu sebulat2nya .
****************************************
itu hanya LIMA daripada RIBUAN target yang insya-ALLAH kita berusaha ke arahnya .
yang menaip ini juga seorang manusia .
maka salah dan silap, terkasar bahasa, terputar belit fakta dan banyak lagi kecacatan yang lain harap dapat dimaafi .
semoga kita semua tergolong dalam golongan ahli syurga , amiin ~
ayuh teruskan perubahan ke arah kebaikan dan
pertingkatkan amalan untuk mengecapi kejayaan hakiki !
0 comments:
Post a Comment